8 May 2012

berterimakasihlah

Berterimakasihlah pada orang yang menjaga dan memahami semua keadaanmu,
kerana disitulah Rahmat Allah ada bersamamu

Berterimakasihlah pada orang yang mengecewakanmu,

kerana dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas

Berterimakasihlah pada orang yang telah mengkhianatimu,

kerana dia telah melatih kesabaran dan menguji kesetiaanmu

Berterimakasihlah pada orang yang telah membencimu,

kerana dia telah mengasah ketegaranmu

Berterimakasihlah pada orang yang telah membohongimu,

kerana dia telah membuatmu lebih bijaksana

Berterimakasihlah pada orang yang telah melukai hatimu,

kerana dia telah membuatmu kuat